Sinopsis
Kursus ini memberi gambaran berkaitan aspek mengenai
konsep tilawah, tartil dan tajwid al-quran. Peserta akan mengetahui maksud ilmu
tajwid berdasarkan asas-asasnya dan kepentingan ilmu tajwid. Selain itu mereka
juga akan didedahkan mengenai persoalan hukum-hukum tajwid berkaitan makhraj
dan sifat huruf, hukum nun dan mim sakinah. Melalui kursus ini juga secara
tidak langsung peserta akan menganalisis hukum-hukum tajwid dan memperdengarkan
bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs
pada surah-surah yang ditetapkan
Keberhasilan
Di akhir modul ini, pelajar dapat:-
- Melaksanakan
pembentangan tentang kemahiran asas tajwid dan bacaan al-quran dengan
efektif.
2. Menyertai perbincangan dalam pasukan dengan menunjukkan sikap kerjasama dalam pasukan sewaktu menyelesaikan aktiviti/tugasan yang diberikan
3. Mengamalkan nilai moral dan etika dalam memenuhi keperluan aktiviti pembelajaran kursus
Sinopsis
Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus IQRA’ 1 (Tahsin Al-Quran
1) yang memberi gambaran berkaitan aspek mengenai
konsep tajwid, penulisan rasm uthmani dan hafazan al-quran. Peserta akan
mengetahui kaedah penulisan al-quran dan kaitannya dengan cara bacaan. Selain
itu mereka juga akan didedahkan mengenai persoalan hukum-hukum tajwid berkaitan
mad (bacaan panjang), bacaan tebal dan nipis serta bacaan-bacaan ganjil dalam
al-quran. Melalui kursus ini juga secara tidak langsung peserta akan
menganalisis hukum-hukum tajwid dan cuba menhafaz surah-surah pilihan di dalam Al-Quran
secara bertajwid sekaligus menambahbaik kualiti solat mereka.
Keberhasilan
Di akhir modul ini, pelajar dapat:-
- Melaksanakan pembentangan tentang kemahiran asas tajwid dan hafazan al-quran dengan efektif.
2. Menyertai perbincangan dalam pasukan dengan menunjukkan sikap kerjasama dalam pasukan sewaktu menyelesaikan aktiviti/tugasan yang diberikan
3. Mengamalkan nilai moral dan etika dalam memenuhi keperluan aktiviti pembelajaran kursus
- courseowner: NURUL HUDA BINTI KAMSANI
Sinopsis
Modul
ini menyediakan kupasan terhadap Surah Al-Fatihah dengan mengemukakan
aplikasinya untuk mahasiswa. Modul ini memberikan pemahaman kepada kata kunci
yang terdapat dalam seluruh surah yang
dapat menjelaskan tujuan hidup dan peranan manusia. Modul ini dimulakan dengan
perbincangan kandungan surah secara teori dan diakhiri dengan tugasan
mengaplikasi kandungan surah dalam konteks mahasiswa.
Keberhasilan
Di akhir modul ini, pelajar dapat:-
1. Memahami kandungan dan
pengertian surah Al-Fatihah
2. Mengaplikasikan surah
Al-Fatihah dalam kehidupan pelajar
- courseowner: MAZNI BINTI ISMAIL .
- courseowner: TS. DR. NOORLISA BINTI HARUN .
Sinopsis
Modul
ini membincangkan asas Tauhid dalam kehidupan seperti memahami fitrah bertuhan,
mengenali sifat dan nama-nama Allah dan
Rasul, mempelajari kaedah menjaga akidah serta mengamalkan Tauhid dalam
kehidupan seperti amalan zikir yang ma’thur. Melalui modul ini juga, pelajar
akan dapat membaiki akhlaq yang dianjurkan Islam dengan merasai kasih sayang
Allah SWT dalam semua keadaan
Keberhasilan
1. Menghuraikan konsep Tauhid sebagai asas kepada
kehidupan 2. Mempraktik akhlaq Islam berpandukan Tauhid dalam kehidupan.
- courseowner: DR ANITA BINTI ABDUL RANI .
- courseowner: MUHAMMAD SALLEHUDIN
- courseowner: Md Abdu Bin Sahak Ustaz
- courseowner: Amira Ustazah