Sinopsis kursus:
Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practice -GMP) merupakan satu sistem yang digunakan bagi tujuan mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. GMP juga dijadikan asas bagi perlaksanaan Hazard Analysis Critical Control Programme – HACCP di premis pengilangan makanan.
Kursus ini akan melatih, memberi panduan dan menerapkan pengetahuan asas pensijilan GMP dan HACCP di premis atau perkilangan pengeluaran produk makanan premir, sekunder atau tertiar. Mewujudkan minda kualiti dan semua rantaian produk makanan dari ladang ke meja (from farm to table).
OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Mengenalpasti dan memahami konsep asas dalam pensijilan GMP dan HACCP ladang tanaman dan ternakan.
3.2 Memberi pengetahuan dan ilmu kepada para peserta dalam cara mendapatkan sijil pengesahan GMP dan HACCP dalam pengeluaran makanan kepada pengguna.
3.3 Para peserta dapat membezakan jenis-jenis pengelasan makanan berdasarkan ciri-ciri dan jenis produk.