Kursus ini menganalisis isu-isu fiqh muamalat dan ijtihad moden dalam permasalahan industri kewangan Islam dan halal. Pelajar dapat menghubungkait permasalahan-permasalahan baharu dalam industri kewangan Islam dan halal melalui timbangan syariah. Topik perbahasan merangkumi undang-undang, rangka kerja dan standard dalam industri kewangan Islam dan halal, fatwa dan isu semasa dalam operasi perbankan Islam, pajak gadai Islam, mikro kredit, takaful, pasaran modal Islam, pengurusan perniagaan Islam, pengurusan Waqf dan Zakat, teknologi kewangan Islam, isu-isu halal dalam industri perhotelan dan kosmetik. Kaedah pengajaran bagi kursus ini ialah melalui tutorial, kajian kes, projek dan kerja berkumpulan. Kaedah penilaian pula ialah ujian bertulis, pembentangan, tugasan dan peperiksaan akhir. Di akhir kursus ini, diharapkan para pelajar mampu melaksanakan kertas projek mengenai strategi perniagaan dengan mematuhi prinsip syariah agar dapat menjadi usahawan yang berjaya dan beriman.

Skill Level: Beginner
Course Modules: